Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
§ melancarkan
metabolisme
§ melancarkan
peredaran darah
§ mengoptimalkan
aktiviti kognitif dan fungsi otak
§ mencegah
terjadinya kerosakan urat saraf
§ memulihkan
gangguan saraf
Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
§ memlancarkan metabolisme
§ meningkatkan kekebalan tubuh
§ menjaga keseimbangan garam-garam mineral
§ membantu sintetis RNA dan DNA
Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan
rumput laut
Manfaatnya :
§ mencegah
kerosakan urat saraf
§ membantu
pembentukan sel darah merah
§ melancarkan
metabolisme sistem tubuh
§ mengubah
karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang
mana akan meningkatkan lagi risiko
penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel
abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan
masalah seperti depresi dan kehilangan
memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex
akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan,
sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan
berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah
merah.
11. Mencegah anemia.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
No comments:
Post a Comment